Copyright 2022 - Custom text here

Articles

Unit Fisioterapi

 

LATAR BELAKANG 

Unit Pemulihan Anggota (Fisioterapi) merupakan unit sokongan bagi merawat pesakit dalam dan luar di Hospital Kuala Nerang.

 

OBJEKTIF

Memberikan rawatan fizikal kepada pesakit yang mengalami kecederaan, lemah anggota badan dan masalah sistem pernafasan dengan menggunakan teknik manual, senaman remedial, terapi haba atau peralatan elektrikal yang bersesuaian supaya pesakit boleh mencapai matlamat pemulihan yang optomum.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini memberikan perkhidmatan pemulihan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari hospital ini dan juga pesakit yang dirujuk dari hospital kerajaan yang lain serta klinik-klinik kesihatan. Rujukan dari hospital dan klinik swasta diterima secara bersyarat.

 

VISI 

Perkhidmatan pemulihan yang berkualiti, berkesan, dan mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat, anggota yang proaktif dan inisiatif, kemudahan peralatan yang berteknologi terkini serta persekitaran yang selesa dan selamat menepati keperluan pelanggan.

 

MISI

Unit fisioterapi akan memberitahu perkhidmatan pemulihan yang cemerlang berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia dan menekankan peningkatan kualiti hidup yang berterusan.

 

 

f t g m
Copyright © 2022 Hospital Kuala Nerang. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.