Unit Sajian
Unit Sajian
PENGENALAN
Unit Sajian diwujudkan sejajar dengan tertubuhnya hospital ini yang siap dibina pada 1994. Dari mula hingga kini, perkhidmatan sajian masih kekal relevan dan berterusan dalam memberikan diet yang berkualiti kepada pesakit. Memandangkan buat masa ini belum ada perkhidmatan dietetik klinikal ditawarkan secara khusus di unit ini, maka Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menjadi hospital rujukan bagi kepakaran berkaitan. Walaupun begitu, Pegawai Dietetik dari HSB akan tetap hadir dua kali sebulan. Lawatan pertama merangkumi kaunseling diet dan melihat pesakit yang bergantung kepada tube feeding, manakala lawatan kedua adalah khusus untuk pemantauan diet pesakit dialisis.
Perkhidmatan makanan untuk pesakit dalam merupakan satu cabaran kerana perlu mengambilkira beberapa aspek keperluan bagi rawatan berbanding dengan mass catering untuk orang awam yang sihat. Kumpulan pelanggan di hospital mempunyai masalah kesihatan atau penyakit yang memerlukan sama ada diet normal atau diet teraputik dan terdapat sesetengah pesakit yang memerlukan preskripsi nutrien khas secara individu.
Diet yang diberikan kepada seseorang pesakit adalah berdasarkan kepada jenis penyakit, kombinasi penyakit dan tahap komplikasi penyakitnya. Ini akan menentukan keperluan modifikasi ke atas makronutrien dan/atau mikronutrien yang diperlukan untuk membantu proses rawatan. Selain daripada itu, terdapat juga pesakit yang memerlukan modifikasi tekstur ke atas diet, di samping pembekalan produk enteral bagi kes yang memerlukan nutrition support atas saranan doktor atau Dietitian.
OBJEKTIF
- Untuk memberikan perkhidmatan bekalan makanan yang berkualiti, berkhasiat, seimbang, halal dan selamat untuk dimakan mengikut jenis penyakit kepada pesakit dalam.
- Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kontaminasi fizikal ke atas makanan yang dibekalkan.
- Untuk memastikan diet yang dibekalkan adalah mengikut pesanan dan kelayakan.
- Untuk memastikan diet disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
VISI
- Menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkesan dan penyayang untuk menambah baik taraf kesihatan penduduk tempatan dengan melibatkan penyertaan masyarakat dalam penjagaan kesihatan.
MISI
- Memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti dan penyayang dengan mengamalkan profesionalisma, kerja berpasukan dan perkongsian bestari.
- Melaksanakan dengan sepenuhnya sistem pengurusan yang berkesan berdasarkan polisi, prosedur dan arahan pekeliling yang ditetapkan disamping memperkasakan budaya kerja cemerlang.
PIAGAM PELANGGAN UNIT SAJIAN
· Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad-wad. |
||||||||||
|
||||||||||
|
||||||||||
|