• -

  • SELAMAT DATANG KE HOSPITAL KUALA NERANG

  • -

  • -

  • -

  • -

  • -

  • -

Copyright 2020 - Custom text here - Theme: MegaMoolahSpielen

Pengumuman

Untuk makluman semua, hanya ubat-ubatan segera (STAT DOS atau melalui suntikan) akan diberikan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang selepas jam 11 malam pada hari biasa dan selepas jam 10 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Pesakit atau waris diminta hadir bersama slip preskripsi ubat pada keesokan harinya untuk bekalan ubat di farmasi pesakit luar (hari biasa) atau farmasi pesakit dalam (hari cuti/cuti umum). sebarang kesulitan amat kami kesali.

Terima kasih.

NOTIS PEMAKLUMAN

PADA MUSIM COVID-19 HOSPITAL KUALA NERANG MENGAMBIL PENDEKATAN TIDAK MEMBENARKAN PELAWAT UNTUK MELAWAT PESAKIT DI DALAM WAD. HAL INI SELARAS DENGAN LANGKAH PENCEGAHAN BAGI MEMBENDUNG COVID-19 YANG SEDANG MENULAR.
HANYA SEORANG SAHAJA PENEMAN YANG DIBENARKAN UNTUK MENEMANI PESAKIT DIDALAM WAD. SEMUA PESAKIT DAN WARIS YANG MASUK DI DALAM WAD AKAN DISARING TERLEBIH DAHULU SAMADA DI UNIT KECEMASAN ATAU DI PINTU MASUK WAD.
BERSAMA-SAMA MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID-19 INI. KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARAPKAN.
TERIMA KASIH

ON AIR CRS SQUARD KEDAH FM BERSAMA HOSPITAL KUALA NERANG BERSEMPENA HARI RADIO SEDUNIA 2019

Https://www.facebook.com/RadioMalaysiaKedahfm/videos/548504385558668

PADA : 14/02/2019

JAM : 10.40 PAGI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read more: Pengumuman

Latar Belakang

  

 

Latar Belakang

 

Hospital Kuala Nerang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia. Hospital Kuala Nerang terletak di daerah Padang Terap, Kedah Darulaman. Daerah Padang Terap yang merupakan daerah ketiga terbesar meliputi kawasan seluas 2,973.27 km persegi. Kemudahan kesihatan yang ada di daerah ini ialah sebuah hospital, sebuah Pejabat Kesihatan Daerah, 3 buah Klinik Kesihatan, 16 buah Klinik Desa dan 4 buah Klinik Swasta.

Hospital Kuala Nerang adalah satu-satunya hospital kerajaan di daerah Padang Terap. Hospital ini menyediakan perkhidmatan primer dan penjagaan pesakit (termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap. Ini adalah kemudahan hospital yang tidak khusus dengan 4 wad dan 89 katil. Walau bagaimanapun, hospital Kuala Nerang kini beroperasi dengan 4 wad dan 72 katil. Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar, mereka dirujuk ke hospital Alor Star. 

Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasi pada bulan Oktober 1994. Ia mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti oleh wad ward lelaki dan wanita pada bulan November 1995 dan seterusnya wad bersalin pada bulan Julai 1996.

Perkhidmatan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

  • Unit Kecemasan dan Trauma
  • Jabatan Pesakit Luar
  • Unit Pesakit Dalam
  • Unit Hemodialisis
  • Klinik Pakar

Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Hospital Kuala Nerang

  • Unit Perkhidmatan Patologi
  • Unit Pengimejan Diagnostik
  • Unit Farmasi dan Bekalan


Perkhidmatan Bukan Klinikal di Hospital Kuala Nerang:

  • Unit Rekod
  • Unit Pentadbiran
  • Unit Sajian

 

Perutusan Pengarah HKN

 

 

                                                                         

DR. MUHAMMAD SHAUQI BIN HJ. ABDUL KADIR

MBBS(MANIPAL), MHA(UP MANILA), OHD(NIOSH), MRO(AEOMM),CMIA(NIOSH)

Pengarah Hospital Kuala Nerang

Salam Sejahtera.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati

Kemunculan era globalisasi, Internet merupakan sumber maklumat yang amat penting di kalangan penduduk. Justeru itu, melalui Laman Web ini, pihak pengurusan dan IT Hospital Kuala Nerang (HKN) berharap dapat menyediakan maklumat yang berguna mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh hospital ini. 

Menerusi laman web ini, orang ramai berpeluang untuk mengetahui lebih banyak maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Hospital Kuala Nerang. Bertepatan dengan visi hospital iaitu sebagai Menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkesan dan penyayang untuk menambahbaik taraf kesihatan penduduk tempatan dengan melibatkan penyertaan masyarakat dalam penjagaan kesihatan.

Hospital ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Semoga orang ramai dapat sama-sama menyumbangkan tenaga dalam usaha untuk merialisasikan visi Hospital Kuala Nerang.

Di dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Laman Web berkonsepkan portal merupakan aplikasi yang amat berkesan untuk dilaksanakan di agensi kerajaan kerana ianya amat fleksibel, cepat, tepat dan meyakinkan. Selain fungsi dan objektif setiap bahagian, portal ini juga menyediakan maklumat yang berguna seperti organisasi,  aktiviti, aduan secara online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.  

Akhir kata, saya berharap agar semua warga kerja HKN dapat memberi sokongan padu dan bersikap bertanggungjawab dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan berdedikasi serta peningkatan perkhidmatan di hospital ini dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Semoga usaha gigih dan khidmat bakti kita sebagai warga HKN akan memberi menafaat kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa,agar sentiasa  dirahmati Allah s.w.t.

 
Hospital Kuala Nerang telah mendapat Persijilan Akriditasi daripada MSQH kali ke-3 untuk tempoh 4 tahun (13 sept. 2012 - 12 Sept. 2015) | Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 2 tahun (1 Julai 2018 - 30 Jun. 2020) | Pensijilan GMP ( Good Manufacturing Practice) untuk tempoh 3 tahun (8 Feb. 2018 - 7 Feb. 2021)| Sijil Pengiktirafan BeSS (BERSIH, SELAMAT Dan SIHAT : BAGI PENGUSAHA PREMIS MAKANAN) untuk tempoh 3 tahun (30 Mei 2019 - 29 Mei 2022) | Pensijilasn MeSTI (26 Jun 2019 - 01 Mei 2022) | Pensijilan HACCP (02 Mei 2019 - 01 Mei 2022)
f t g m
Copyright © 2020 Hospital Kuala Nerang. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.