^Kembali Ke Atas

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5


Get Adobe Flash player
Hospital Kuala Nerang telah mendapat Persijilan Akriditasi daripada MSQH kali ke-3 untuk tempoh 4 tahun (13 sept. 2012 - 12 Sept. 2015) | Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 2 tahun (1 Julai 2018 - 30 Jun. 2020) | Pensijilan GMP ( Good Manufacturing Practice) untuk tempoh 3 tahun (8 Feb. 2018 - 7 Feb. 2021)| Sijil Pengiktirafan BeSS (BERSIH, SELAMAT Dan SIHAT : BAGI PENGUSAHA PREMIS MAKANAN) untuk tempoh 3 tahun (29 Nov 2016 - 28 Nov 2019)

 

                                                                         

DR. SYED SATAHKATULAH BIN MOHAMED KALIK

M.D( CSMU-Ukraine ), M.H.A( CPH-University of Philippines )

Pengarah Hospital Kuala Nerang

Salam Sejahtera.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati

Kemunculan era globalisasi, Internet merupakan sumber maklumat yang amat penting di kalangan penduduk. Justeru itu, melalui Laman Web ini, pihak pengurusan dan IT Hospital Kuala Nerang (HKN) berharap dapat menyediakan maklumat yang berguna mengenai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh hospital ini. 

Menerusi laman web ini, orang ramai berpeluang untuk mengetahui lebih banyak maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Hospital Kuala Nerang. Bertepatan dengan visi hospital iaitu sebagai Menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, berkesan dan penyayang untuk menambahbaik taraf kesihatan penduduk tempatan dengan melibatkan penyertaan masyarakat dalam penjagaan kesihatan.

Hospital ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Semoga orang ramai dapat sama-sama menyumbangkan tenaga dalam usaha untuk merialisasikan visi Hospital Kuala Nerang.

Di dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi, agensi kerajaan perlu menyediakan suatu pendekatan sistem penyampaian yang setaraf dengan tahap pendidikan dan profesionalisme masyarakat yang semakin meningkat. Laman Web berkonsepkan portal merupakan aplikasi yang amat berkesan untuk dilaksanakan di agensi kerajaan kerana ianya amat fleksibel, cepat, tepat dan meyakinkan. Selain fungsi dan objektif setiap bahagian, portal ini juga menyediakan maklumat yang berguna seperti organisasi,  aktiviti, aduan secara online dan sebagainya untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.  

Akhir kata, saya berharap agar semua warga kerja HKN dapat memberi sokongan padu dan bersikap bertanggungjawab dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas dan berdedikasi serta peningkatan perkhidmatan di hospital ini dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Semoga usaha gigih dan khidmat bakti kita sebagai warga HKN akan memberi menafaat kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa,agar sentiasa  dirahmati Allah s.w.t.