^Kembali Ke Atas

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5


Get Adobe Flash player
Hospital Kuala Nerang telah mendapat Persijilan Akriditasi daripada MSQH kali ke-3 untuk tempoh 4 tahun (13 sept. 2012 - 12 Sept. 2015) | Pensijilan HALAL daripada JAKIM untuk tempoh 2 tahun (1 Julai 2018 - 30 Jun. 2020) | Pensijilan GMP ( Good Manufacturing Practice) untuk tempoh 3 tahun (8 Feb. 2018 - 7 Feb. 2021)| Sijil Pengiktirafan BeSS (BERSIH, SELAMAT Dan SIHAT : BAGI PENGUSAHA PREMIS MAKANAN) untuk tempoh 3 tahun (29 Nov 2016 - 28 Nov 2019)

VISI

  • Mengawal jangkitan dan mengambil langkah-langkah penjegahan supaya pesakit dan staf sentiasa berada dalam suasana yang sihat.

 

MISI

  • Persekitaran hospital adalah selamat dan bebas dari jangkitan nosokomial

 

OBJEKTIF

  • Mengawal dan mencegah jangkitan.
  • Mengurangkan pertumbuhan mikroorganisma yang rintang terhadap antibiotic.
  • Mengelakkan pesakit tinggal lama di hospital.
  • Memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat.

 

DASAR OPERASI

1. LOKASI

Unit Kawalan Infeksi Hospital Kuala Nerang terletak di dalam satu bangunan Jabatan Pesakit Luar(JPL) didalam bilik bersebelahan dengan kaunter Unit Pejabat Rekod.

2.OBJEKTIF

2.1.Objektif Umum

Mencegah, mengawal dan mengatasi jangkitan hospital untuk memberikan perkhidmatan dengan kos yang minima.

2.2.Objektif Khusus

2.2.1.Memberi perkhidmatan kawalan infeksi yang efektif secara efisien dalam menangani masalah jangkitan hospital.

2.2.2.Memastikan setiap anggota di semua unit Hospital Kuala Nerang mengamalkan prosedur perawatan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh 'KKM'.

2.2.3.Memberi perkhidmatan latihan kesihatan/keselamatan kepada anggota disetiap unit secara berkesan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kawalan infeksi.

2.2.4.Memantau dan menyediakan data/maklumat terkini berkaitan infeksi kepada semua unit di Hospital Kuala Nerang.

3. SKOP PERKHIDMATAN.

3.1.Unit Kawalan Infeksi menjalankan aktiviti-aktiviti setiap hari kecuali bercuti.

Masa Operasi ialah dari jam :

Ahad - Rabu      8.00 pagi - 1.00 ptg.

Khamis -            8.00 pagi - 1.00 ptg

                          8.00 pagi - 3.30 ptg

3.2. Unit Kawalan Infeksi adalah dibawah pengurusan Ketua unit Kejururawatan HKN. Seorang jururawat U29 ditugaskan untuk menjalankan aktiviti - aktiviti supaya unit dapat beroperasi dengan lancar. jadual tugasan disediakan oleh ketua jururawat Y/M.

3.3.Menjalankan aktiviti - aktiviti pengawalan infeksi di HKN seperti :

Perkhidmatan Kakitangan Penswataan(CLS)

3.3.3.Pelanggan yang berkaitan jika perlu seperti:

            3.3.3.1.Semua anggota perubatan dan paramedik.

            3.3.3.2.Kakitangan perkhidmatan dan penswataan.

            3.3.3.3.Pelatih Jururawat Masyarakat.

            3.3.3.4.Pelatih Pembantu Perubatan.

            3.3.3.5.Pelanggan-pelanggan pesakit/keluarga.